Seorang gadis menjadi mangsa kepada keganasan rumahtangga apabila suaminya memotong hidung dan bibirnya berturut-turut.
Salma Bibi, 17 tahun, melaporkan suaminya, Ghulam Qadir, 22 tahun,memukulnya sebelum mengikat tangan dan kakinya dengan tali dan menoreh mukanya dengan pisau cukur di sebuah kampung terpencil di barat daya wilayah Baluchistan.
"Suami saya berulang kali menampar muka saya dan kemudian masuk ke dalam bilik dan membawa bersama pisau cukur yang tajam," kata Salma dalam bahasa pakistan yang diterjemahkan oleh bapa saudaranya dari katil hospital di tengah-tengah Multan bandar kepada APC.
"Saya mula menjerit dalam keadaan semakin
panik. Dia mengikat tangan dan kaki saya dengan tali dan memotong hidung dan bibir saya," tambahnya lagi.
panik. Dia mengikat tangan dan kaki saya dengan tali dan memotong hidung dan bibir saya," tambahnya lagi.
Remaja itu berkata polis enggan menerima laporan apabila keluarganya mengadu tentang serangan itu menyebabkan dia mengancam untuk membunuh diri jika tiada keadilan ditegakkan untuknya.
"Saya mahu keadilan dan jika tidak diendahkan, saya akan membunuh diri di hadapan Mahkamah Agung. Saya tidak akan duduk diam sehingga suami saya dibawa ke muka pengadilan dan mendapat hukuman bagi jenayah yang dilakukan terhadap saya," katanya.
Ghulam dan Salma berkahwin tahun lalu dan tinggal di kampung Karkana, 475 kilometer (300 batu) barat daya Islamabad.
Pegawai-pegawai tempatan menyakinkan bahawa mereka mencari untuk Ghulam dan akan menangkapnya apabila berjaya ditemui.
"Salma Bibi dan suaminya sering bertengkar kerana gadis itu sering menghabiskan banyak masa dengan ibu bapanya," kata Nadir Khan, seorang pegawai pentadbiran di daerah Musa Khel, yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.
Perdana Menteri Pakistan, Yousuf Raza Gilani telah menuntut tindakan diambil dalam kes itu memandangkan banyak kes keganasan terhadap wanita di Pakistan dilepaskan tanpa hukuman.
Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan menderita diskriminasi dan keganasan berleluasa, termasuk apa yang dipanggil pembunuhan 'bermaruah' apabila mangsa dibunuh kerana didakwa mencemarkan nama keluarganya.
Pengarah di Human Rights Watch Pakistan,Ali Dayan Hasan memberitahu AFP bahawa keganasan rumah tangga merupakan masalah yang sangat serius di Pakistan dan meminta kerajaan untuk menghidupkan semula usaha-usaha untuk mengharamkan keganasan domestik.
0 comments:
Post a Comment