Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

ARAK HALAL DIMALAYSIA AIRLINES !!!! Pramugara dan pramugari islam terlibat dgn subahat arak ini .....

Salam .. sebenarnya dah lama nak buat write up pasal MAS crew ni tapi disebabkan mungkin tulisan ini akan menyebabkan aku kena hentam oleh kawan kawan yg ramai dalam MAS ni aku rilek dulu , Tapi at the end who the f&^k care man . Aku dulu pun kerja dgn MAS ni start tahun 1996 hingga ke tahun 2006 . Yes i do enjoy the flying experienced and belajar banyak benda dari senior senior aku didalam karier aku selama 10 tahun terbang diawan biru ni . From grooming to communication skill and how to become a person than respect other person despite their race , culture and religion . Ini universiti aku dalam hidup . Semua destinasi yg MAS singgah aku dah sampai dah ..bak kata orang breakfast in tokyo dinner in Los angeles la kira nye .

But masa mula mula aku g training sebagai pramugara di kelana jaya ada sedikit kejutan budaya bagi aku yg datang dari kampung ni . ye la dari kerja kilang ke pramugara ke lain sangat suasananya tu , The only advantage that i have at that moment is to converse in English and a bit of communication skill that i have ..he he he  , That is the advantage of watching lot of cartoon in my childhood day . Jadi bila hari pertama aku masuk kelas kat MALAYSIA AIRLINES ACADEMY ni aku dah mula melihat banyak benda benda pelik seperti org perempuan hisap rokok , bertepuk tampar antara lelaki dan perempuan dan tidak lupa spesies spesies lelaki tapi lembut gile babi ( aku paling tak larat spesies ni la geli geleman teman) .

So everything was fine until i know that we gonna have to serve alcohol to our passenger . Time ni nafsu untuk terbang diawan biru mengatasi segala galanya dan bila aku bertanya kepada Facilitator yg rata rata orang melayu dan islam jawapan mereka mudaj sahaja iaitu bila kita berniat utk kebaikan walaupun menghidangkan arak kepada pelanggan kita tak berdosa . Ehhh aku punye konfius la masa tu tapi disebabkan gaji yg boleh tahan dan peluang utk menjelajah dunia aku redah je la .

So dalam waktu training tu ada satu kelas yg mengkhususkan cara cara macam mana nak campur arak ni utk jadi cocktail drink mcm whisker sour , dry martini , brandi coke , dan mcm mcm lagi la aku tak pernah nak ingat pun benda benda ni . Siap ada test lagi utk subjek arak ni .. yang mengajar pun orang islam jugak tu . Siap dia boleh ceritakan macam mana rasa setiap jenis minuman tersebut ..mcm dah pernah rase je aku tgk ..

Benda cocktail ni pramugara dan pramugari kena hapal mcm mana nak buat ..kalau tak hafal he he he siap la kena marah dgn supervisor .. sebab tiap tiap 3 bulan akan ada CREW PERFOMANCE ASSESTMENT  dan didalam assestment tu ada ditanya oleh supervisor ni .. kalau markah tak cemerlang maknanye kena pergi buat class balik la jawabnye ( tapi tak pernah terjadi la pada pengetahuan aku )

Apabila pramugara dan pramugari ini telah dilatih utk menyediakan arak ni kat pelanggan rasa rasa nye diorang ni minum tak menatang haram ni . Aku kena jawab sebenarnya ramai jugak kaki minum arak ni dikalangan crew crew melayu dan islam sebenarnya . Ini bukannya fitnah atau tohmahan tak berasas , ini realiti , the lifestyle of MAS CABIN CREW . Gay , dadah dan alkohol termasuk zina berleluasa di kalangan anak anak kapal MAS ini .

Ingat lagi pramugara terlampau he he he bukan aku taw ..cheh buat malu kaum jer dia ni tapi perkara tu memang dah jadi kebiasaan kehidupan anak anak kapal Malaysia Airlines ni . Bila dah berumur sikit barulah masing masing berubah dan ada yg terus jadi alim ulamak pun ada . Jadi tak semua la yg berperangai mcm tu . Ada yg sangat sangat baik budi pekerti masing masing dan mereka ini kebanyakannya akan bersikap low profile dan carry on with their life walaupun diorang tau yg kerja diorang ni bergelumang dgn dosa .

Jadi kesimpulannya menghidang arak ni adalah HARAM dari sisi agama islam kecuali berada didalam keadaan darurah . Disinilah yg haram nya sebab rata rata yg bekerja dgn MAS ini bukan dipaksa pun tapi secara sukarela bekerja dgn MAS ini disebabkan oleh duit dah peluang utk melihat dunia . MAS ini adalah milik kerajaan , Kerajaan rata rata adalah orang islam takkan mungkin diorang ni tak sedar yg ARAK iniadalah haram dari segi Ugama islam .. Persoalannya kenapakah MAS masih tidak ada polisi yg berbeza tentang siapa yg haru s menghidangkan arak ini . MALAYSIA AIRLINE punya boss pun orang islam jugak , apa kata JABATAN AGAMA ISLAM terhadap isu ini ? rasa rasa nya soalan soalan ini dah berlambak menghujani JAKIM dan diatas kuasa kerajaan benda haram ini mungkin tidak akan dibincangkan secara terbuka .

Kebanyakan alim ulamak yg aku tanya pasal benda ini akan memberi jawapan yg hampir sama iaitu HARAM dan mereka ini mempunyai pilihan utk mencari rezeki lain dgn berheni kerja . itu yg aku buat selepas 10 tahun bekerja dgn MAS . he he ye ke? .. one of the reason la .  Kebanyakan pramugara dan pramugari ini sebenarnya tahu dgn dosa yg mereka hadapi setiap hari ini tetapi memilih utk terus bekerja dgn MAS semata mata kerani gaji yg hampir mustahil utk mereka dapati jika bekerja disektor yg berbeza , al maklum lah rata rata lulusan SPM and a credit in english and bahasa malaysia . Kerja apa nak dapat kat luar sana dgn gaji 5 ke 6 ribu ringgit . mmg takde ? kerja kilang leh la ..tak pun jadi promoter kat shopping kompleks . Itu sahaja punca mereka mereka ini masih bersama MAS .. sebab lain mungkin sebab diorang ni tak heran pasal dosa dan pahala sebab diorang pun kaki togok arak , seks bebas dan mcm mcm lagi .. ye la arak pun free je ..bukan kena bayar pun ..terminology OFFLOAD ni dah jadi satu trend kemestian bagi anak anak kapal ni .. BRo organize something ok ..we gonna have a birthday party when we arrived joberg later on ..take what you can take la ..arahan dari supevisor yg kadang kadang tak mampu utk anak anak kapal tolak .

Mungkin ramai yg membaca artikel aku ini mungkin tak ramai ..tapi nampaknya luahan anak anak kapal kepada jabatan agama islam mcm menuang air kat daun keladi . Tiada tindakan diambil oleh kerajaan mahupun dari pihak MAS itu sendiri . Ini lah laungan negara islam dibawah pemerintahan kerajaan sekarang ..ARAK menjadi satu kemestian atau procedure didalam PENERBANGAN MALAYSIA ini ..





Dom perignion 1996 tu ..Champagne utk passenger first class saja ..kalau tak habis kadang kadang ada crew tapau kehotel utk hura hore ...


Kat economy class wine juga merupakan pekara wajib yg perlu dihidangkan kepada pelanggan






Persoalannya kenapa isu ini tidak mendapat perhatian dari ulamak ulamak , mufti mufti , menteri menteri yg rata rata tau hukum arak ini kepada orang islam dan didiamkan sahaja sehingga kini ? Adakah kerajaan MALAYSIA menghalal kan arak ini kepada pekerja pekerja islam ini ? Mungkin akan ada susulan tentang isu ini jika Masyarakat malaysia lebih prihatin tentang akidah orang malaysia dan islam ini . Sehingga kini pekara ini telah menjadi pekara yg non issue to them . Well maybe i,m wrong on making this accusation but at least i try to do something about it ... Kalau time aku kerja lagi aku buat artikel ni confirm kena panggil ngan office nih ..he he he to Malaysia you judge for your self and leave a comment on this matter ..






ApekeheLL nye

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...