
‘Najib
memerlukan lebih ramai orangnya di kabinet. Beliau perlu menggantikan
mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan
raya,’ kata seorang sumber Umno sambil merujuk kepada skandal yang
menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Beberapa
pemimpin Umno secara terbuka telah mendesak Datuk Seri Shahrizat supaya
meletak jawatan ekoran siasatan ke atas syarikat keluarganya, National
Feedlot Corporation (NFC).
Datuk Seri
Jamil pula menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama
menyalahgunakan wang zakat bagi membayar kos guaman di mahkamah bagi
kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum
ini, terdapat spekulasi bahawa Datuk Seri Najib bakal membubarkan
parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari ini dan
pilihan raya diadakan pada Mac, empat, dan bukan lima, tahun selepas
pilihan raya umum 2008.
Difahamkan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan
komuniti bagi pilihan raya pada Mac. Bagaimanapun, sumber lain Umno
menyebut bahawa parti itu belum bersedia bagi pilihan raya.

Sumber
berkenaan turut menyatakan hanya mantan menteri besar Terengganu yang
juga ketua Umno negeri itu, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara
terbuka tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
0 comments:
Post a Comment