Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manfaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurniaan Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website ApeKeHell dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

 

 

 

 

 

 

Sapa Click Gambar Bawah Ni, Dia Memang Perghh...!

Bantah Pelacuran: Sekumpulan Gadis Tayang Buah Dada Di Stadium

Sekumpulan gadis menayangkan buah dada di Stadium Olimpik Kiev, Ukrain bagi membantah aktiviti pelacuran untuk pelancong asing yang datang ke negara itu sempena EURO 2012.

Mereka berdiri di depan stadium sambil memegang sepanduk yang antaranya bertulis "EURO 2012 without prostitution" (EURO 2012 tanpa pelacuran).

Sebiji bola kecil berwarna kuning dengan tulisan "Ukrain" dilihat digantung pada satu-satunya pakaian yang dipakai untuk menutup bahagian sulit mereka iaitu seluar dalam.

Kumpulan aktivis wanita itu didakwa mengambil kesempatan mengadakan protes di saat ibu negara Ukrain, Kiev menjadi tumpuan dunia menjelang pesta bola sepak Eropah, EURO 2012 yang bakal dianjurkan di negara itu.

Jurucakap kumpulan itu, Inna Shevchenko mendakwa UEFA telah memujuk kerajaan Ukrain untuk membenarkan aktiviti pelacuran kepada pelancong asing semasa temasya bola sepak eropah yang bakal dianjurkan mulai Jun tahun depan.

Kumpulan aktivis itu juga berpendapat bahawa industri kecantikan merupakan satu bentuk pelacuran.
Bagaimanapun, demonstrasi itu akhirnya berjaya dihentikan dan kesemua mereka ditahan oleh pihak polis sebelum sempat berarak keluar dari stadium.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...